30 September 2011

B'hnti sbelum kenyang ..

assalamualaikum reader2 ..
nhe nak share ngan korang npa tym mkan kita msti stopsbelum knyang ..
juz enjoy while read it .. :)


LAPAR: menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati.
KENYANG: menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta.

LAPAR: merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.
KENYANG: zikirnya hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.



LAPAR: menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.
KENYANG: tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

LAPAR:tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG:menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

LAPAR: mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG: mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

LAPAR: kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG: akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak . Otak kekurangan oksigen.

LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG: syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.

LAPAR: terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG: mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diabetis dan lain-lain.

LAPAR: menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan.
KENYANG: sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

LAPAR:menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG: tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.

okay ..thats all readers ..hope dpatlha pngajaran ae .. so , mkan 2 jgn lha smpai nak knyang baru nak stop .. hehehhe
BUBYE !!



dha pnat2 mnaip nhe..tym korang comment or like plak k .. :)

3 comments:

  1. hehehe...kelaka je ayat nak mkn 2 jgn la kenyang baru nak stop..hehe..btw akk salu lapa cmne...hihi

    ReplyDelete
  2. @pinky_liscious hehee .. kelaka kha kak ?? ayat sndiri kan .. xde copy paste .. hehe .. bgus lha 2 kak .. xpyah nak knyang sgt kan .. ^_^

    ReplyDelete

Copyright @ aLL oF dIz waS wRitTen bY mE_rOuse NieDa :)